Latihan Kahoot- (Matematik & Guess the Flag) Dan Aktiviti Teka Gambar
12 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mei 2024 ( Sabtu ) - Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Kahoot Matematik & Guess The Flag. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 6 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 12 tahun.
Untuk Latihan Kahoot Matematik, pelajar perlu menjawab kuiz operasi tambah dan tolak di website kahoot.com. Mereka perlu melihat soalan di “smart board” dan menjawab jawapan yang betul di skrin komputer masing-masing. Seterusnya,pelajar perlu menjawab kuiz “guess the flag” iaitu pelajar perlu meneka bendera di luar negara berdasarkan gambar bendera yang diberikan.Dengan cara ini,ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan menajamkan pemikiran mereka terutamanya untuk menjawab peperiksaan di sekolah dalam subjek matematik.
Akhir sekali, pelajar bermain aktiviti teka gambar di “smart board” iaitu rakan mereka yang berada paling hadapan perlu meneka gambar yang berada di belakangnya sambil rakan yang lain memberikan ciri-ciri gambar tersebut supaya pelajar dapat meneka gambar dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: